STANDARD.MY
  • UTAMA
  • TESTIMONI
  • SEMINAR BISNES LICENSING
  • SISTEM FRANCAIS & LICENSE / RAKAN NIAGA
  • PANDUAN MEMBELI FRANCAIS
  • TIPS & ARTIKEL (BLOG)
  • E-BOOKSTORE
  • HUBUNGI KAMI
  • TERMA & SYARAT
    • Laman Web
    • S.A.P Terms & Conditions
    • Privacy Policy
    • Cookies Policy
  • Admin Login

Tips & Artikel (bLOG)

SEMPURNA & RINGKAS - RAHSIA KEJAYAAN PRODUK

2/7/2017

0 Comments

 
Picture
​Apabila kita bersungguh-sungguh melakukan sesuatu dengan sehabis baik mungkin, kejayaan akan datang dengan sendirinya.
Ketika mula-mula iPhone 1 diperkenalkan pada tahun 2007, Apple hanya meletakkan sasaran untuk merevolusikan fungsi dan 'rupa paras' telefon bimbit. Mereka tidak pernah memasang impian untuk menguasai pasaran dunia telefon bimbit dunia seperti yang telah berlaku hari ini.
​Malah, ketika itu, Steve Jobs mengatakan mereka menyasarkan untuk menguasai hanya 1 peratus dari pasaran telefon bimbit dunia.
Idea asas penghasilan iPhone 1 hanyalah untuk menghasilkan satu alat yang menggabungkan iPod, telefon bimbit dan Internet. Perkara utama yang ditekankan Steve Jobs sewaktu 'product presention' iPhone 1 adalah betapa mudahnya membuat panggilan telefon dengan menggunakan telefon bimbit tersebut.
Fungsi aplikasi (apps) yang masih baru pada masa itu tidak begitu ditekankan olehnya.
Tetapi Steve Jobs tidak menyedari prinsip kerjanya yang mementingkan kesempurnaan dan keringkasan dalam penghasilan sesuatu produk sebenarnya telah menjadikan iPhone alat perhubungan yang boleh menjadi dan melakukan apa sahaja.
Perkara ini hanya disedari oleh Steve Jobs selepas beberapa bulan iPhone 1 dijual, hasil dari maklumbalas pengguna. Bermula dari situ, App Store yang pada mulanya tidak begitu 'digemari' oleh Steve Jobs, dibuka kepada komuniti pembangun aplikasi untuk memperbanyakkan lagi aplikasi yang boleh menambah lagi fungsi iPhone 1.
wired.com
mazlan mohamad
0 Comments



Leave a Reply.

    Archives

    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017

    Categories

    All

    RSS Feed

PROFIL

​Profil Firma
​Perunding
​
Admin Login
Hubungi
​Kami

PANDUAN

Panduan Membeli
​Francais

​Tips & Artikel    
​(Blog)
Peluang Bisnes
Francais

Peluang Bisnes
​License

Perkhidmatan
​Perunding

PAUTAN

Terma &
​Syarat

Privacy Policy

Cookies Policy



© HAKCIPTA TERPELIHARA 2017.  SPRINT HOLDINGS SDN. BHD.



  • UTAMA
  • TESTIMONI
  • SEMINAR BISNES LICENSING
  • SISTEM FRANCAIS & LICENSE / RAKAN NIAGA
  • PANDUAN MEMBELI FRANCAIS
  • TIPS & ARTIKEL (BLOG)
  • E-BOOKSTORE
  • HUBUNGI KAMI
  • TERMA & SYARAT
    • Laman Web
    • S.A.P Terms & Conditions
    • Privacy Policy
    • Cookies Policy
  • Admin Login