STANDARD.MY
  • UTAMA
  • TESTIMONI
  • SEMINAR BISNES LICENSING
  • SISTEM FRANCAIS & LICENSE / RAKAN NIAGA
  • PANDUAN MEMBELI FRANCAIS
  • TIPS & ARTIKEL (BLOG)
  • E-BOOKSTORE
  • HUBUNGI KAMI
  • TERMA & SYARAT
    • Laman Web
    • S.A.P Terms & Conditions
    • Privacy Policy
    • Cookies Policy
  • Admin Login

Tips & Artikel (bLOG)

ANDA TIDAK PERLU KETAHUI SEGALANYA APABILA BERMULA

7/7/2017

0 Comments

 
Picture
“Semasa saya memulakan syarikat penerbangan ini, saya tidak tahu segala-galanya. Anda adalah naif jika anda rasa anda tahu segala-galanya dari hari pertama.”
-Tony Fernandes-
AirAsia ditubuhkan pada bulan Disember 2001 dengan azam untuk ‘membebaskan’ perkhidmatan penerbangan di rantau ini dan ia mula mencatat keuntungan dari tahun pertama ia beroperasi.

Sebagai perintis kepada perkhidmatan penerbangan tambang rendah di AirAsia, ia telah mewujudkan satu piawai dan trend yang menjadi ikutan syarikat-syarikat penerbangan tambang murah lain yang wujud selepas itu.

Pada satu ketika, Malaysia Airlines (MAS) juga terikut-ikut dengan langkah AirAsia menjual tiket pada harga yang murah sehingga memberi kesan kepada kewangan syarikat penerbangan tersebut.
Daripada hanya memberi perkhidmatan kepada pasaran Malaysia pada tahun 2002, AirAsia kini telah berkembang dengan mempunyai laluan penerbangan ke lebih dari 20 buah negara termasuk ke Amerika Syarikat (Hawaii).

AirAsia juga telah berjaya menjadikan syarikatnya sebagai peneraju pasaran dan inovator dalam penggunaan teknologi dalam industri penerbangan bagi membolehkan penumpang melalui pengalaman penggunaan yang mudah, selesa dan cekap.

Kesemua pencapaian AirAsia ini telah meletakkannya sebagai syarikat penerbangan global yang keempat terbesar di dunia dan ia boleh dikategorikan syarikat Malaysia pertama yang berjaya bersaing di peringkat global di pasaran terbuka tanpa bergantung kepada kontrak dari mana-mana kerajaan.


Walaupun memulakan AirAsia dengan pengetahuan dan pengalaman yang terhad, Tony telah membuat rancangan perniagaan (RP) -jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang yang baik serta menyeluruh bagi mengatasi kekurangannya sebelum dan semasa bermula:

1. Bina Hubungan/Networking
Hubungan yang baik dibina serta dikekalkan diantara pengasas dan syarikat dengan pihak berkuasa, pembekal, kakitangan dan pelanggan. Semua ini dilakukan secara konsisten melalui saluran-saluran digital, online dan offline.
Apabila AirAsia menghadapi krisis atau cabaran dalam operasi, Kesemua pihak ini dapat memahami kesukaran yang dialami oleh AirAsia, dan sama-sama membantu samada dalam bentuk wang ringgiit, idea, kredit, masa, peluang dan ruang.

2. Ketahui Kos
Tony mempunyai pengetahuan yang baik mengenai kos-kos yang terlibat mengenai produk utama yang digunakan perniagaan beliau iaitu – pesawat dan sumber manusia. Dengan pengetahuan ini, walaupun kos operasi semakin meningkat (terutama sekali bahan bakar),
​Air Asia dapat merancang dan melaksanakan program-program Pengiklanan dan Promosi (Advertisement & Promotions A&P) yang berkos rendah tetapi berkesan untuk menstabilkan aliran tunai syarikat pada masa-masa sukar.

3. Sentiasa Menjual
AirAsia sentiasa melakukan program-program Pengiklanan dan Promosi (Advertisement & Promotions A&P) secara aktif dan pasif pada setiap masa. Dengan usaha-usaha A&P yang berterusan, jenama AirAsia sentiasa berada di’hadapan’pelanggan.
Apabila pelanggan ingin membeli tiket penerbangan, secara automatik fikiran mereka akan mencari jenama AirAsia kerana fikiran bawah sedar (subconscious mind) mereka telah di'program' terlebih awal oleh AirAsia.

4. Tingkatkan Volume
Strategi promosi AirAsia adalah untuk meningkatkan volume jualan bukan margin keuntungan. Setiap tahun, apabila AirAsia menawar tempat duduk percuma atau diskaun hebat, ratusan ribu penumbang yang membuat tempatan awal dapat membantu AirAsia merancang aliran tunai dengan lebih baik dari segi komisyen pengiklanan pihak ketiga, jualan produk, kredit dan rebet dari pembekal.
Tidak semua penumbang yang membuat tempahan awal (tetapi telah membayar bagi pemilihan tempat duduk, cukai dan insuran penerbangan) dapat memenuhi  jadual mereka. Ini dapat membantu AirAsia meningkatkan margin keuntungan syarikat.
Daripada pelanggan yang mendaftar dan membeli secara online, AirAsia juga dapat membina pangkalan data (database) pelanggan yang besar - Big Data yang boleh digunakan berulang-kali untuk mempromosikan lain-lain produk-produk sokongan mereka.


Strategi Kejayaan Perniagaan AirAsia
​Membina Bisnes Gaya AirAsia (EBook)
Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Archives

    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017

    Categories

    All

    RSS Feed

PROFIL

​Profil Firma
​Perunding
​
Admin Login
Hubungi
​Kami

PANDUAN

Panduan Membeli
​Francais

​Tips & Artikel    
​(Blog)
Peluang Bisnes
Francais

Peluang Bisnes
​License

Perkhidmatan
​Perunding

PAUTAN

Terma &
​Syarat

Privacy Policy

Cookies Policy



© HAKCIPTA TERPELIHARA 2017.  SPRINT HOLDINGS SDN. BHD.



  • UTAMA
  • TESTIMONI
  • SEMINAR BISNES LICENSING
  • SISTEM FRANCAIS & LICENSE / RAKAN NIAGA
  • PANDUAN MEMBELI FRANCAIS
  • TIPS & ARTIKEL (BLOG)
  • E-BOOKSTORE
  • HUBUNGI KAMI
  • TERMA & SYARAT
    • Laman Web
    • S.A.P Terms & Conditions
    • Privacy Policy
    • Cookies Policy
  • Admin Login